top of page

Sebelum masak ,pastikan anda menggunakan jenama gas no 1 di Malaysia, Gas PETRONAS.

Selepas itu,pastikan hose dan regulator yang digunakan mematuhi piawaian keselamatan yang dibenarkan.

Terdapat beberapa jenis hose gas di pasaran.Jenis yang murah dan jenis yang mahal.Yang murah tidak semestinya tak selamat,dan yang mahal tidak semestinya selamat.

Tips memilih hose gas yang selamat boleh didapati pada tulisan pada hose gas.

Tulisan"MS2086:2008"pada hose gas bermaksud menepati standard Malaysia dan kodnya adalah MS2086:2008

manakala "BS3212"bermaksud menepati standard British dan hose ini turut selamat untuk penggunaan dan juga disyorkan




Hose gas yang jenis biru diluar dan hitam di dalam juga merupakan hos gas yang selamat digunakan cuma harganya lebih mahal daripada yang jenis hitam.

Hos paip jenis transparent ini tidak selamat untuk digunakan bersama dengan gas memasak.Hal ini demikian kerana,jenis hos ini nipis dan tahap keselamatan hose tidak mendapat jaminan dari mana mana pihak .



Manakala untuk jenis regulator gas,pastikan anda menggunakan jenis gas regulator yang mendapat kelulusan sirim seperti jenis diatas.Tiada gunanya jikalau anda beli jenis regulator yang mahal tetapi tanpa stiker Sirim.


Jadilah pengguna bijak,pilihlah barangan yang mematuhi piawaian keselamatan. Pilihlah barangan Keluaran Malaysia yang ada tanda sirim, kualitinya terjamin.

Sekian kongsian saya mengenai hose dan regulator gas.

1,283 lihatan0 komen

Potensi Cerah Sdn Bhd

Always the local reliable brands . 

bottom of page